My Blog List

Thursday, October 28, 2010

Tuesday, July 6, 2010

hehehehhe...

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

Saturday, April 24, 2010

MENCINTAI & DICINTAI...........

MENCINTAI & DICINTAI

Kebahagian manusia ada bila dia mampu membuka mata hatinya, dan menyedari bahawa dia memiliki banyak hal yang bererti dan menyedari betapa dia dicintai. Manusia boleh mengecap bahagia, bila dia mahu membuka diri agar orang lain dapat mencintainya dengan tulus…….

Kebahagian manusia tidak akan hadir kerana tidak mahu membuka hati, dan berusaha meraih apa yang tidak dapat diraih, terlal memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang dia miliki.

Keegoan manusia yang menyebabkannya menjadi buta, keegoan dan hanya memikirkan diri sendiri yang menyebabkan manusia tidak sedar bahawa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik untuknya..

Begitu ramai sahabat yang amat mencintai, tapi kerana terlalu memilih, menilai dan menghakimi sendiri….justru sahabat sejati menjadi semakin jauh. Terlalu memilih sahabat membuat manusia tak dapat menyedari di depan mata ada sahabat sejati yang perlukannya..

Tiap-tiap manusia memiliki erti dan peranan masing-masing, semua berbeza…..tidak ada yang memiliki erti yang sama seperti punya peranan dan kelebihan dalam satu hal,tidak harus memiliki peranan dan erti dalam hal lain…dicintai oleh satu orang belum tentu disayang oleh orang lain.

Kebahagian bersumber dari dalam diri sendiri, jangan berharap dari diri manusia lain, kerana orang lain mampu mengkhianati.

Kebahagiaan ada bila boleh menerima diri apa adanya,mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai dan menerima manusia lain..

Percaya kepada tuhan…bersyukur bahawa manusia selalu diberikan yang terbaik…sesuai yang dilakukan manusia itu sendiri,tak perlu berkeras hati, Dia akan memberi disaat yang tepat apa yang hamba-Nya perlukan,tidak harus saat ini,masih ada esok hari…..

                                                                                        Are-you

Friday, April 2, 2010

Thursday, April 1, 2010

cubaan berkarya...huhuhu

Tajuk: under contruction..hihihi


Sesi orentasi pada hari itu berjalan lancar, bagi aku sebagai seorang pelajar baru di sekolah itu rasanya amat janggal sekali untuk ku menyesuaikan diriku. Aku kembali ke asrama dengan mata yang masih berair,sakit hati ku pada ketua murid itu yang masih menyala-nyala.ada sahaja kesalahanku yang ingin disabitnya. Air mataku tumpah. Amran,nama itulah yang berjaya membuatku tidak gembira di sekolah baru itu. Kalau bukan kerana abah bertugas di Kuantan ni, aku tidak akan terpaksa meninggalkan sekolah lamaku.
Sapa nama awak? ‘fasyierah’ ku tunduk menjawab.. ‘cik, orang utan ke yang lahirkan awak? Aku mendongak memandangnya. ‘ah, tau pun awak cara bercakap ngan betul yer,ingatkan tadi awak bercakap ngan lantai’. Saat itu aku masih mampu menahan air mata ku untuk tidak mengalir keluar dari kelopak mataku, aku kembali tunduk memandang lantai. ‘oi cik adik, tau la muka awak tu cantik,ingat kite nak urat ke, awak ni tau ke nak hormat orang tua!. Lantang suara pengawas itu menerjah gegendang telinga ku. Aku tidak dapat menahan air mata kerana selama ini belum ada orang yang menengking aku sebegini keras. ‘hoi cik adik,pandang saya ni..’ perkataan yang merupakan satu arahan yang terpaksa aku patuhi, bagaikan seorang pesalah perlahan-lahan aku mengangkat wajahku dengan air mata yang begitu degil untuk keluar dari bibir mataku. ‘ha…. Da nangis da, da la, malas saya nak layan orang ‘cengeng’ camni, awak balik la’..kedengaran suara pengawas itu. Tanpa aku mengucapkan terima kasih atas kesudiannya melepaskan aku,aku melangkah keluar dari dewan itu di iringi dengan mata-mata yang bagaikan ingin menerkam aku. Namun aku bersyukur,setidak-tidaknya pada hari itu aku tidak akan begitu tertekan apabila melihat wajah pengawas itu.
‘hai sya, termenung jauh nampak? Sya, sya nangis ya? Begitu cepat ain rakan sebilikku melihat perubahan diriku. ‘takda la ain,mata sya masuk habuk ja ni’ aku berbohong untuk mengelakkan pertanyaannya akan lebih jauh lagi,dan dia berjaya mencungkil sebab aku mengalirkan air mata.. perlahan-lahan aku bangun menghadap cermin mengemaskan diriku untuk makan tengah hari bersamanya. Pap!!!!!! Pinggan makan ku terjatuh akibat di langgar oleh seseorang, mukaku merah menahan malu dan marah. ‘maaf ya junior’..aku teringin menangis di situ juga. Ada kah ini satu bentuk buli ketika berada dalam asrama dan aku sebagai pelajar baru di sini. Tanpa menantikan air mata tumpah seperti makanan yang bertaburan di lantai, aku meninggalkan dewan makan dengan perasaan sebal dengan sikap ketua pengawas itu. Dalam hati,mengapa pihak sekolah melantik insane yang bernama amran sebagai ketua pengawas,sedangkan perangai pengawas itu sungguh tidak beradab. ‘sya, sya tak apa-apa ka’ ain menyusulku ke bilik. Aku tak apa-apa,skit ja lecurnya ni,sapu ubat,ok la tu….tapi aku nak minta tolong la,tolong belikan aku nasi cmpur dekat kantin..’ ‘bole sya,aku tau sya lapar…,si amran tu memang da melampau,asyik nak kenakan kau jer,tak berhati perut langsung’ ain membebel. ‘sudahlah ain, lagipun dia tak sengaja tu..aku membela walau hatiku juga sakit di perlakukan sebegitu..aku sendiri tidak memahami mengapa dia begitu suka mengenakan aku.
‘fasyierah!!! Aku menoleh kearah suara yang memanggil namaku. Amran? Hati ku terdetik, kenapa amran tiba-tiba pangil aku walhal sesi oerentasi sudah berakhir semalam. Kakiku terpaku di situ tetap ingin menunggu lelaki itu datang mendekatiku. ‘sya,saya nak minta maaf atas apa yang saya da buat pada sya,takda niat pun….semua tu atas dasar orentasi..’aku tetap diam tanpa memberikan sebarang komen dan ini membuatkan amran kelihatan serba salah..’sya janganlah marah..sy minta maaf pasal hari tu..aku ingin melangkah tp sempat menjawab’ sy da lupakan hal tu, sy ada hal lagi..sy minta diri dulu..kaki ku melangah dr tempat ku terkaku. ‘sya, sekejab…’ ‘ada apa lagi amran??/..’tangan awak tak apa2 ke? Dia melirik ke tanganku yang berbalut..’terima kasihla kerana megambil berat pasal ‘dia”ni..nadaku meyindir. Dia kelihatan lebih dr rasa bersalah dari sebelumnya. Aku berlalu pergi dan dalam masa yang sama matanya terkebil-kebil seiring langkahku meninggalkannya.
SPM da menjelang tiba, persediaan yang ku lakukan bersama rakan-rakan seprjuangan telah ku manfaatkan sebaiknya. Dan hanya perlu menunggu keputusan SPm keluar yang bakal menentukan.
‘alahamdulillah…itula perkataan yang ku ucapkan dan kegembiraaan yang terpancar d mata kedua orang tuaku bila melihat keputusan SPM ku yang cemerlang. Kesyukuran ku panjatkan kerana tuhan membalas penat lelah serta usaha yang ku lakukan untuk mencapai kejayaan ini. Dalam masa yang sama aku teringat kepada Amran..dan perkabaran yang ku dengar dia juga mendapat keputusan yang baik dalam STPM nya. Dan itu memang sudah d ketahui umum kerana dia adalah pelajar terbaik sekolah. Sejak akhir-akhir ini aku selalu teringat padanya..kenakalannya padaku, usikannya, senyumannya, juga perhatiannya padaku. Aku terkenang kembali suatu hari aku di sakat oleh senior tingkatan 6, Amran mengenakan denda kepada mereka atas sebab gurauan senior2 itu..kadaangkala lucu juga,dan kadangkala aku cuba berfikiran yang Amran menaruh perasaan padaku..tapi ntahla..dia tak pernah luahkan perasaannya padaku. Mungkin juga dia hanya mengganggap aku tak lebih dari seorang adik, kerana menurutnya dia anak bongsu dalam keluarganya dan teringin memiliki seorang adik..itu yang pernah dia katakana padaku. Dan mungkin juga aku da seperti adik padanya..aku tersenyum dengan monolog ku sendiri..dan itu pastinya menjadi kenangan terindah sepanjang waktu ku besamanya.
Deringan telefon bimbit ku mematikan lamunanku terhadap Amran..’assalamualaikum…’sapa ne?? Eh…Ain…ko apa khabar…Perak? Aku belum dapat tawaran lagi ne..Amran? apsal ko Tanya pasal dia pula ne? aku tersenyum sendiri. Teda la Ain, pas SPM hari tu aku takda lagi dgr berita pasal dia..contact pon teda ni..hahaha..sampai hati ko tak jemput aku ko tunang yer…ngan amizan ka?...rancak perbualanku ngan sahabat karibku itu.
‘sya, ni ada surat tawaran dari sabah ni. Tgk dulu, sya ada minta dekat Ums ke? Mama mengajukan soalan kepadaku. Aku cepat-cepat mengambil surat tawaran dari sabah, daripada University Malaysia Sabah. Yeyeyeyey..aku melonjak kegembiraan di iringi dengan kehairan d mata kedua orang tua ku..’suka sangat ke dapat kat sabah tu’ nada suara papa kedengaran tidak bersetuju denganku yang ingin melanjutkan pelajaran d negeri d bawah bayu itu..’tapi pa, sya nak juga g sana, bole la ma’ aku merujuk pula kepada mama ku yang dari tadi mendiamkan diri. Aku tau mereka susah melepaskan kaku jauh dari mereka, tapi aku ingin berdikari d tempat orang.
Sesi pendaftaran d university Malaysia Sabah berjalan dengan lancer………………….

                                                                                    To be continue…hihihihihi

Kerana Dia Lelaki.....

KERANA KAU LELAKI

KERANA KAU LELAKI,

UMUR BAGAIKAN MAINAN,

PERINTAH TUHAN BUKAN KEWAJIBAN,

KITAB AL-QURAN HANYA SANDARAN,WALAU KAU TAHU…

KAU PEMIMPIN MASA HADAPAN.

PENGALAMAN MEMBUAT KAU DEWASA,

PENGAJARAN BUAT KAU TAK TERHINA,

PERINGATAN LALU MEMBUAT KAU BANGGA,

APA GUNA SEMUA…KALAU SEKADAR SIPI DIMATA..

KERANA KAU LELAKI,BILA KAU DI SANJUNG TINGGI,

KAU TERASA SEISI DUNIA TURUT MERASAI

HANYA KERANA,ARRIJAL QAWWAAMUNA ‘ALAN NISA’.

KERANA KAU LELAKI,WUJUDMU BUKAN UNTUK DICACI,

BUKAN JUGA UNTUK LUPAKAN DIRI,

MOGA SENTIASA SUDI MEMBANTU,

AGAR LAHIR KEHIDUPAN BERMUTU,

TERPATRILAH KASIH KAU DAN AKU.

KERANA KAU LELAKI,BUKAN MENAFI KEKUATANMU…

MEMPERLEKEH KEHEBATANMU,CUMA SISIPAN KESEDARAN,

ANTARA KAU DAN AKU.

KERANA KAU LELAKI,

KU HARAP KAU MEWAH KEIMANAN,

TULUS KERANA KESABARAN,

SEGAK KERANA KEPERIBADIAN,

BIJAKSANA KERANA PENGETAHUAN..

KERANA KAU LELAKI,

KU HARAP TAKWA JADI BEKALAN,

PENGALAMAN JADI PANDUAN,

IMAN PULA MENJADI TEMAN..

BUKAN APA WAHAI LELAKI,

SAMA-SAMALAH KITA BANGKITKAN DIRI,

MUDAH KHILAF DAN JUGA ALPA,

KERANA KAU LELAKI,AKU PEREMPUAN….

ARE-YOU☺